Siapa Saya - Pengedar Shaklee Selangor




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua:)

Ha..best tak tajuk entry saya kali ni?
ok, ini baru berpeluang nak kenalkan diri saya pada u all. 
Disebalik El-Ain Shoppe....jeng jeng jeng...
Saya 'Ain atau lebih dikenali sebagai Nia  a.k.a Nia DaMiran oleh rakan2 online. Saya berasal dari Melaka dan kini menetap di Bandar Baru Bangi. 

Saya bersyukur menjadi isteri kepada suami tercinta Khairul Mustakim (anak kelahiran Pulau Lagenda, Pulau Langkawi) yang memahami, banyak membantu dan memberi sokongan padu pada saya, dan ibu kepada empat orang cahaya mata kami iaitu Damia' Batrisyia, Ahmad 'Imran, Muhammad dan Faiz Daniyal yang soleh solehah,in sha Allah:)

Saya seorang ibu bekerjaya yang mengamalkan pengambilan supplemen Shaklee dalam diet harian saya. Saya juga Pengedar Bebas Shaklee yang sah dengan No.ID :890961. Anda semua boleh hubungi saya untuk sebarang pembelian produk Shaklee. Saya sudi membantu anda untuk mendapatkan produk Shaklee dengan penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju dan GDEX.

Pertemuan saya dengan Shaklee bermula 3 tahun lepas di mana waktu itu saya baru melahirkan putera ketiga kami. Waktu itu tercari-cari supplemen yang boleh membantu saya kekal cergas bertenaga sepanjang hari. Alhamdulillah bukan sahaja badan bertenaga malah susu untuk anak pun melimpah ruah. Disebabkan itu saya rasa sangat teruja untuk berkongsi keberkesanan Shaklee terhadap saya dan keluarga kepada semua di luar sana.

Sepanjang 2 tahun ini, saya merupakan Pengedar Shaklee Terbesar di Bandar Baru Bangi dengan ahli melebihi 50 orang yang berdaftar di bawah Keluarga Shaklee saya iaitu Damiran Greenvita Family (DGF). Di DGF, kami komited dalam membantu para pelanggan mendapat manfaat kesihatan dari kesan pengambilan produk Shaklee dengan cara yang betul. Kami akan sentiasa memberikan konsultansi terbaik agar pelanggan sentiasa berpuas hati dengan khidmat nasihat yang kami berikan.


Mengapa saya suka supplemen ni? Mengapa saya suka bisnes Shaklee ni?nantikan....saya akan share di lain entry ye:)

El-Ain Shoppe
Pengedar Shaklee Terbesar
019-5793313


Comments