Aidil Adha 2014-Ibadah Qurban

As salam dan Selamat pagi semua:)

Entry saya kali ni ialah tentang Aidil Adha dan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan.
Pagi-pagi lagi kami memang biasa dikejutkan oleh mak untuk bangun mandi sunat di pagi hari raya juga Solat Subuh. Teringat zaman kecik-kecik, siap kena sapu air kat muka.hehehe

Apapun, pagi tu hanya yang lelaki je pergi ke surau mengerjakan solat sunat aidiladha. Kami yg lain, dok umah siapkan makanan juga persiapan diri dan anak-anak. sambil siap2, sambil borak2.Hanya kami.

Lepas solat sunat, kami sekumpul di rumah. Berphotoshoot gitu..hihi ala-ala studio Mak Limah gitu kan.
dan siap selfie bagai:) seronok sangat.

Dan, lepas tu terus siap2 ke Kg Melaka Pindah untuk ibadah Qurban.
Ada 4 ekor semuanya. turn kami yang ketiga, alhamdulillah. lepak2 kat umah Cikgu Rohaya (tuan umah) sambil menikmati suasana kampung sebenar.Siap ada kandang ayam kampung tau!best2 di bawah pokok mengkudu.Teringat saya masa zaman kecik2 dulu.

Apapun, pengalaman ini sangat membahagiakan kerana bukan sahaja melihat ibadah qurban dilaksanakan, malah turut bergaul dan merapatkan ukhwah Keluarga Uwan Tijah.Yang pastinya..ada lagi story menarik tau.saya share nanti eh:)

enjoy your day!


Comments