Assalamualaikum semua,
Bertemu kembali di blog ini:)
Tertarik dengan perkongsian salah seorang sahabat saya di blog nya ..
Justeru, Saya kongsikan buat kita semua di sini:)
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa
diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat Taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang,
terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3x.
Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.
5. Bisikan kepada diri perkara yang positif
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan
kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang
elok-elok belaka)".
6. Program minda/cuci minda
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata,
katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku
nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
7. Berpuasa
Boleh puasa sunat isnin dan khamis juga sunat yang lain.
8. Cuba ingat tentang mati
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa.
9. Kekalkan wuduk
10. Bersedekah
11. Belanja orang makan.
12. Jaga makanan - jangan makan makanan yang syubhah
13. Berkawan dengan ulama
14. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
15. Pesan pada orang, agar jadi baik
16. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut...dsb)
Pendek kata... hanya dengan mengingati Allah.hati akan tenteram...in sha Allah:)
Salam Ceria:)
Nia
Comments
Post a Comment